Nuffnangs Ads

Wednesday, November 30

SIHIR PENUNDUK


   Hampir 10 bulan dah aku terkena dengan buatan orang ni ataupun sihir. Aku perasaan yang aku  terkena sihir ni pada akhir bulan 5 tahun 2016 yang nak dekat-dekat nak masuk bulan puasa tapi pada masa tu saya memang bingung nak percaya ke tidak sebab first time kot kena benda-benda macam ni...yes sampai lah akhir bulan 11 baru aku 100% percaya yang aku dah kena dengan sihir ni. Nak tahu macam mana aku yakin sangat yang aku dah terkena sihir ni kejap lagi aku cerita. Ini lah kerja jin, kerja dia nak membingungkan si mangsa tu, sampai 5 bulan sekali aku nak kena percaya kah tidak yang aku dah kena sihr. Korang kena hati-hati lah dengan sihir ni sebab once u kena fuhhh meleleh tau tak...😃☺.



   Sihir ni ialah ilmu yang berkaitan dengan perbuatan secara halus melalui pertolongan jin yang bertujuan untuk menyakiti manusia atau mangsanya yang dilakukan oleh tukang sihir.

  Jadi sihir ni lakukan untuk menyakiti mangsanya ataupun untuk memenuhi kepentingan diri si pemakai. Pemakai sihir selalunya akan meminta bantuan tukang sihir untuk menghantar sihir kepada si mangsa tapi kadang-kadang si pemakai juga mungkin adalah  seorang tukang sihir. Semenjak aku dah kena sihir ni banyak lah research yang aku dah buat. Ntah apalah perasaan si pemakain ni kan dah desperate sangat ke bodoh lah. Macam nak tampar-tampar pulak muka dia tu, memang pun nak tampar. Aihhhh.......terbayang-bayang pulak aku nak belasah perempuan tu sial. Sampai nak minta bantuan jin pulak, tapi memang pun keluarga tukang sihir mengamalkan sihir sejak dari dulu.

   Jenis sihir yang aku nak cerita kat korang ni adalah Sihir Penunduk. Bagi mangsa yang terkena sihir ni ia akan menyebabkan mangsa menjadi takut kepada si pemakai. Sebagai contoh, mangsa akan berdebar-debar, badan bergetaran dan ketakutan yang melampau apabila terserempak dengan si pemakai, si pemakai pulak akan memainkan peranan lah nak takutkan si mangsa ataupun nak test adakah sihir tu sampai kepada si mangsa (si pemakai ni sebenarnya lemah sampai guna ilmu hitam untuk tundukkan orang yang dia benci) pada masa tu juga mangsa akan perasan yang kenapa dia takut sangat dengan orang tu dan kenapa banyak perasaan yang timbul bila terserempak dengan dia (mangsa tidak sedar atau sedar dia telah disihir). Lagi satu kalau si mangsa berkumpul dengan rakan-rakan dan keluarga dia akan sukar untuk berkata-kata dan berinteraksi sekiranya si mangsa sedar yang si pemakai ada berhampiran, mulut dia bagai terkunci dan sukar untuk berfikir apa yang dia nak katakan, lagi-lagi kalau si pemakai bersuara maka si mengsa pun mulalah berdebar takut dsb. see...


  Tanda-tanda Sihir Penunduk :
- Hati akan berdebar-debar, ketakutan dan gelisah
- Sentiasa mengingati dan memikirkan si pemakai
- Takut dan berdebar-debar bila berhadapan dengan si pemakai
- Solat tidak khusyuk
- Sukar memberi perhatian kepada sesuatu pekerjaan
- Sukar bercakap dan menjadi pendiam
 - Rasa perkara berulang-ulang

   Cara nak tahu sekiranya anda telah disihir adalah dengan mendengar ayat-ayat suci al-quran seperti ayat ruqyah. Klik link ini untuk mendengar ayat ruqyah >>https://www.youtube.com/watch?v=WDrgC9b2SUs&t=276s. Masa mangsa sihir ni dibacakan dengan ayat ruqyah dia akan rasa panas yang sedang bergerak-gerak pada bahagia tengkuk dan belakang. mual dan muntah-muntah sehingga mata berair, sesak nafas dan rasa nak mengeliukkan badan lah. Semua reaksi tersebut adalah disebabkan jin berasa panas bila terdengar ayat ruqyah dibacakan. Bagi mangsa yang dah terkena sihir ni kena banyak-banyakkan baca ayat kursi dan 3 qul bila berhampiran dengan si pemakai atau orang yang anda takutkan tu sebab dia boleh batuk-batuk dan pening kepala, masa tu korang buat tak tahu jelah pura-pura buat kerja lain. Selain tu, korang boleh sumbatkan earphone dalam telinga korang dan pasang lagu fav korang atau disarankan dengarlah ayat ruqyah dengan volume yang kuat sambil buat kerja korang lah. Ini jelah cara yang boleh dibuat bila berhadapan dengan si pemakai tu. Korang mesti ada instinct yang menyatakan seseorang itu lah yang menyihir anda. Bismillahirohmanirahim..





Sunday, November 13

Last year in school.

   Tak sabo juga aku nak tinggalkan zaman persekolahan ni. hahaha. Lagi sebulan tamatlah perjuangan aku yang selama ini aku kerahkan cukup-cukup makan sahaja. Sekarang saya tengah ambik exam penggal 3 STPM dekat sekolah aku lah SMK....hmp..tinggal 3 kertas ulangan lagi yang saya perlu ambi dalam sebulan ni. So lepas ni tapayah lagilah aku sterika baju kurung lah, bangun pagi lah dan semua yang ada kaitan sebagai pelajar lah. Walaupun satu hari nanti aku akan rindu juga dengan zaman tu. Well its a life, a short life..
...............
  Aku rancang yang aku kena kerja jugaklah tahun depan ni, 2017...on my unofficially 20 years old. huhuhuh. Takkan lah aku nak menggangur, kerja lah kejap sambil tunggu offer mana-mana yang berkenaan. Masa kerja tu aku kena kumpul duit untuk beli-beli apa yang aku suka such as iphone 7 sebab aku suka benda yang unik aku rasa iphone ni sesuatu yang unik so aku nak beli..aku suka kamera dia like original daripada mana2 smartphone lah..dan yah sudah semestinya up to date. itu je lah. Apa-apa pun ini blog pertama aku. Terima kasih...:-)

Image result for LIFE QUOTE
i love quote